WeLcOmE t0 ChEf bL0g

(JaNgAn LuPe kLiK kAt NuFF Ok!!!)

Sesiapa yang nak blajar memasak boleh la mencuba resepi kat blog ni....

Saturday, January 23, 2010

pLanNiNg 4 T0dAy...

Salam kepada sume..
arini ebenarnye aku ngah pening nak masak ape untuk housemate aku ni...
housemate aku sume skali 15 orng,,,so aku planning nk g pasaraya tesco coz dlm banyak-banyak pasaraya yang ade kat bukit mertajam n butterworth ni aku rase kat situ la yang paling murah untuk beli barang-barang dapur...sepatutnya awal pagi da kene bangun gi pasar..tp disebabkan aku tido lambat semalam so xdapatla nk bangun awal pg ni..hehehe
Aku akan try mencari resepi baru untuk dimuatkan dalam blog ni so harap korang pon mencube coz sume resepi yg aku letak tu aku da try dah n alhamdullah berjaya...Sodap...hehehe

pApRiK AyAm...







Bahan-bahan

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
  • 2 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 5 helai daun limau purut - carik-carikkan
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis,bahan2 perasa

Cara membuat

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
  4. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

sUp TuLaNg SpEcIAL

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah

Cara-cara

Mula-mula cucilah tulang temulang.
Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan pula sedikit gula.
Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.

dAgInG HiTaM MaNiS


Bahan-bahan:

Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.


Cara penyediaan:
Goreng daging sehingga masak.
tumiskan bahan kisar hingga wangi.
kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.
akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.
kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

Friday, January 22, 2010

r0tI cAnAi,,mEsTi KoRaNg SukE....


Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.


rEsEpI r0tI cAnAi,,

Bahan-bahan

  1. 600 g tepung gandum
  2. 1 camca garam
  3. 1 camca gula halus
  4. 2 biji telur, dipukul
  5. 125 ml susu segar
  6. 125-130 ml air
  7. 3-4 camb minyak
  8. 3-4 camb minyak sapi
  9. minyak/minyak sapi untuk menggoreng

Penyediaan

Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Monday, January 18, 2010

rEsEpI mEmAsAk AsAm IkAn tALaPiA....(CoNfIrM BeSt)


Bahan-Bahan: 1 ekor ikan talapia

Bahan B

1 biji bawang besar - dimayang
1 inci halia - dihiris
2 biji lada besar - dihiris
1 biji limau nipis

cArA MeMaSaK...

Panaskan kukusan,masukkan ikan ke dalam loyang,taburkan bahan-bahan B, taburkan juga sedikit garam dan bahan perasa,kukuskan sehingga masak.Perahkan asam limau sebelum makan.

rEsEpI mEmAsAk AsAm PeDaS....(CoNfIrM BeSt)

Bahan-Bahan:

Bahan A
Minyak masak
Sedikit garam
dua ibu jari lengkuas
3 helai daun limau purud
½ Serai dititik

Bahan B
15-20 batang Lada basah blender(kalau tak ada lada kering pun boleh)
sedikit belacan
3-4 ulas bawang merah(bawang kecil)
2-3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit kunyit
sedikit garam

bahan c
2 keping asam keping
sedikitt Air asam
bunga kantan
daun kesum/cenohom
sedikit air
garam
serbuk perasa

CaRa MeMaSaK....SiMpLe Gile...

Tumis bahan A hingga naik bau..
kemudian, setelah blender kesemua bahan B, masukkan ke dalam A yang naik baunya itu,tumis hingga didih sikit,
barulah masuk kesemua bahan C dan tunggu hingga didih...


(tRy N CoMMeNt k....)